Gaya permainan Final Fantasy VIII

Contoh pelayaran di peta baris FFVIII.

Seperti Final Fantasy VII, Final Fantasy VIII terdiri daripada tiga buah bentuk permainan: peta dunia, peta lapangan dan skrin bertarung. Peta dunia ataupun world map merupakan paparan 3D di mana para pemain boleh bergerak secara bebas di atas sebuah dunia yang dilukis di dalam skala yang lebih kecil. Watak-wataknya bergerak di peta dunia tersebut dalam beberapa cara, antaranya dengan berjalan kaki, menggunakan kereta dan chocobo, kereta api, dan kapal-kapal udara. Peta lapangan ataupun field map terdiri daripada watak-watak 3D yang boleh dikawal, diletakkan di atas satu atau lebih latar belakang 2D, yang mewakili lokasi-lokasi persekitaran seperti pekan-pekan atau hutan. Skrin bertarung ataupun battle screen merupakan model 3D sebuah lokasi seperti jalan raya atau bilik, di mana pertarungan mengikut turutan berlaku di antara watak-watak para pemain dengan musuh kawalan CPU. Antara-muka judul ini adalah berasaskan menu, seperti judul-judul sebelumnya, kecuali dengan kewujudan sistem senjata dan perisai biasa dikeluarkan, sebaliknya digantikan dengan sistem baru, contohnya seperti Junction System (Sistem Simpang). Selain itu, sebuah minigame berasaskan koleksi permainan kad yang digelar Triple Triad[3] telah diperkenalkan.

Sistem simpang (Junction system)

Ini merupakan sistem baru yang direka oleh Hiroyuki Ito, yang menggunakan "penyeruan" makhluk-makhluk, yang digelar "Guardian Forces" ("GF"). Seorang watak hendaklah mempunyai satu GF ditugaskan (junctioned) kepadanya sebelum watak tersebut boleh melakukan apa-apa di dalam pertarungan selain daripada arahan "Serang" (Attack) menggunakan senjata mereka, yang lain-lan termasuklah "Magik", "GF" (penyeruan) dan "Barang" (Item). Walaupun judul-judul Final Fantasy sebelum ini telah memberikan setiap watak mereka sejumlah MP (Magic Points) yang terhad yang digunakan apabila menggunakan sihir, di dalam Final Fantasy VIII pula, magik "ditarik" (draw) ataupun diambil daripada musuh, manakala Draw Points atau Titik Tarikan diagihkan sama rata di persekitaran dunia judul ini, termasuklah barang-barang berguna. Magik-magik tersebut kemudiannya akan disimpan pada watak-watak dalam inventori yang terhad (sejumlah 100 boleh disimpan pada satu-satu masa) dan akan digunakan satu demi satu apabila digunakan pemain. Guardian Forces pula membenarkan watak-watak untuk berkongsi ("junction") sihir-sihir ini kepada statistik diri mereka sendiri- misalnya seperti Kekuatan (Strength), Ketahanan (Vitality), Kadar Mengelak (Evade) dan Nasib (Luck)-untuk beberapa bonus tambahan.[4]

Suatu pertarungan awal dengan bos yang digelar X-ATM092; untuk menyeru Shiva, tolok ATB Zell digantikan dengan sebuah bar biru yang akan melengkapkan proses penyeruan apabila warna biru berkurang sepenuhnya.

Fleksibiliti sistem ini telah membolehkan pada pemain membina sebuah parti yang kuat pada peringkat awal permainannya. Penggunaan alternatif ke atas makhluk-makhluk seruan ini merupakan perbezaan besar untuk siri Final Fantasy, kerana sbeelum ini, mereka digunakan sekadar sekali sahaja untuk memberikan suatu serangan kuat sewaktu berlangsungnya pertarungan. Selain itu, sistem ini juga telah menggantikan sistem peralatan judul-judul sebelumnya dengan sejenis senjata yang kekal untuk setiap watak; tiap-tiap satu daripadanya boleh dipertingkat beberapa kali, justeru menaiktaraf kuasanya dan mengubah rupa fizikalnya. Sebagai contoh, Squall bermula dengan sebilah gunblade yang bergelar Revolver, namun selepas meningkatkan prestasinya dengan lengkap, nama senjata tersebut berubah menjadi Lion Heart.[5]

Pecahan Had (Limit Breaks)

Sistem Pecahan Had (Limit Break) di dalam Final Fantasy VII adalah kesinambungan daripada sistem yang sama di dalam Final Fantasy VII. Bezanya ialah di dalam Final Fantasy VIII tiada tolok khusus untuk Limit Break; sebaliknya mod Limit Break diaktifkan apabila nilai nyawa (HP) watak yang dimainkan menurun sehingga mencapai tahap kuning (biasanya tidak lebih 32% daripada nilai maksimum HP watak). Selain itu, mod Limit Break juga boleh diaktifkan melalui penggunaan magik Aura ataupun dengan menggunakan item Aura Stone, tanpa mengira berapa nilai HP watak.[6]

Satu lagi perubahan yang dilakukan ialah teknik pertarungan watak bersifat lebih interaktif, daripada reka bentuk mesin slot kepada masukan kekunci gaya permainan pertarungan. Elemen tersebut yang banyak bergantung kepada watak serta jenis Limit Break digunakan bagi meningkatkan potensi serangan.[7]

Mata Pengalaman

Mata Pengalaman (EXP) diperolehi setelah pemain berjaya membunuh musuh rawak. Tidak seperti kebanyakan siri Final Fantasy lain di mana keperluan mata pengalaman (EXP) untuk menaikkan tahap watak (level up) bertambah secara eksponen, keperluan mata pengalaman di dalam Final Fantasy VIII pula bertambah secara linear; 1000 EXP diperlukan setiap kali menaikkan tahap. Namun demikian, tahap watak raksasa di dalam permainan juga akan turut bertambah, biasanya mengikut tahap Squall Leonhart. Salah satu sebab mengapa sistem sebegini diguna pakai ialah kerana terdapat babak di mana watak-watak utama kembali ke tempat lama. Selain itu, terdapat beberapa watak bos yang memerlukan kesemua watak dinaikkan tahap mereka sehingga Aras 100.

Sebagai tambahan, Guardian Force (GF) juga memperoleh Mata Keupayaan (AP) selepas pertarungan. Mata Keupayaan membolehkan sesuatu GF mempelajari sesuatu keupayaan. Setelah GF tamat mempelajari sesuatu keupayaan, keupayaan tersebut boleh digunakan oleh satu-satu watak -- atau dalam sesetengah kes, seluruh ahli kumpulan. Keupayaan yang boleh digunakan termasuklah penambah baikan serangan dalam pertarungan, memperoleh magik daripada barangan, pemberian bonus semasa meningkat tahap, capaian terus kepada kedai, dan perintah pertarungan.[8]

Rujukan

WikiPedia: Final Fantasy VIII http://www.next-gen.biz/index.php?option=com_conte... http://www.empirearcadia.com/community/com-016.htm http://www.empirearcadia.com/home.html http://flaregamer.com/b2article.php?p=81&more=1 http://www.gamasutra.com/newswire/news/index199912... http://www.gamespot.com http://www.gamespot.com/ps/rpg/finalfantasy8/news.... http://www.gamespot.com/ps/rpg/finalfantasy8/news.... http://psx.ign.com/articles/070/070170p1.html http://psx.ign.com/articles/071/071008p1.html